Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Lebih 250 peserta Kumpulan Meraih Barkah Brunei (KMB) dan 40 orang dari Jalinan Ukhwah Persatuan Salimah Malaysia (PSM) telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis, Madang, kelmarin.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Asbi, isteri Menteri Hal Ehwal Ugama.
Turut hadir ialah Datin Hajah Aminah binti Haji Zakaria.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Dipertua SALIMAH Malaysia,
Antara tujuan majlis adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan ukhuwah yang telah terjalin di mana sebelum ini, KMB pernah mengadakan majlis khatam di Putrajaya Malaysia bersama PSM yang dikendalikan oleh PSM.
Selain menghadiri majlis khatam, PSM juga mengadakan lawatan ke tempat-tempat menarik dan bersejarah di negara ini.