Gambar ramai semasa Majlis Jalinan Kasih antara Persatuan Pesara Polis Negeri Johor (PPPNJ) dengan Persatuan Anggota Polis Diraja Brunei yang bersara (POLSARA) pada majlis makan malam di RR Homestay & Event Vanue, bagi meraikan lawatan balas rombongan POLSARA ke Negeri Johor, baru-baru ini.
Turut hadir ialah Presiden PPNJ Johor, YDH Haji Khasmudin bin Mohamed Rafik dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dato’ Seri Utama Ir. Haji Hasni bin Mohamad yang juga ADUN kawasan Benut selaku tetamu kehormat majlis.
Majlis tersebut diketuai oleh EXCO Pelancongan dan Penerbitan PPPNJ, Supt (B) Haji Mat Rashid Jusoh dan rombongan POLSARA Brunei diketuai oleh SUPT (B) Haji Yahya bin Haji Ibrahim.