Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

1,144 projek dilaksanakan di Sabah tahun ini

KOTA KINABALU, 6 SEPT – Sebanyak 1,144 projek merentasi kementerian dengan jumlah peruntukan RM61.1 bilion dilaksanakan di Sabah sepanjang tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata jumlah projek berkenaan adalah jumlah terbesar berbanding negeri lain dan jumlah projek berkenaan telah meningkat daripada tahun lepas iaitu 1,048 projek dengan peruntukan sebanyak RM48.1 bilion.

“Selain itu, Sabah juga mendapatkan peruntukan pembangunan terbesar pada tahun ini iaitu RM6.5 bilion berbanding RM5.1 bilion pada tahun lepas. Kita tahu peruntukan ini tidak mencukupi kerana Sabah negeri yang besar namun ia telah memperlihatkan bahawa Kerajaan Perpaduan memberikan komitmen dan keutamaan untuk membangunkan Sabah.

“Ada kemungkinan besar perkara ini (peruntukan besar kepada Sabah) akan berlaku juga dalam Belanjawan 2024,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Belanjawan 2024 di sini hari ini. – Bernama

Gambar Freepik