Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

4 produk kosmetik dicemari bahan terlarang

Oleh Sim Y. H. & Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Orang ramai disarankan untuk tidak menggunakan empat produk kosmetik yang telah dicemari dengan bahan terlarang yang tidak diisytiharkan, hasil daripada ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan.

          Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, menyatakan bahawa produk kosmetik yang dicemari itu ialah SCI Beauty Night Cream Pelicin daripada pengilang PT Berlian Kosmetika, Indonesia yang didapati dicemari dengan tretinoin dan hydroquinone.

          Tiga lagi produk adalah edaran Karisma Empayar Sdn Bhd, Kelantan iaitu Karisma Cosmetic Set Jeragat – Karisma Aqua Bird Nest yang dicemari dengan tretinoin, manakala itu, Karisma Cosmetic Set Jeragat – Karisma Brightening Day Cream dan Karisma Cosmetic Set Jeragat – Karisma Golden Tumeric Cream dicemari merkuri.

Bahan-bahan pencemar dalam produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

SCI Beauty Night Cream Pelicin didapati dicemari dengan tretinoin dan hydroquinone yang boleh memudaratkan kesihatan. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan