Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

56 pain darah dikumpul

Oleh Daniel Lim –

BELAIT, 8 SEPT – Sebanyak 56 pain darah telah berjaya dikutip sebagai sebahagian daripada kempen derma darah anjuran Kumpulan Mashhor Korporat dan Pengurusan Sisa Mashhor (MWM) dengan kerjasama Tabung Darah, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, hari ini.

Diadakan di tingkat satu pejabat utama syarikat di Jalan Pangsa, Seria, kempen turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Pengarah MWM, Malai Shamil Faris Malai Abdul Hamid, serta Pengurus HSSE dan Aset Kumpulan korporat, Awang Mohd Rizal bin Dr Haji Abdul Latif.

Selaras dengan tema, Bleed for a Cause, pegawai dan kakitangan digalakkan hadir untuk menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan.

Antara kakitangan yang mengambil bahagian dalam kempen derma darah yang diadakan di tingkat satu pejabat utama MWM di Jalan Pangsa, Seria, kelmarin. – Gambar serahan Kumpulan Mashhor