Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Bagnaia atasi kemalangan ngeri untuk pertahan pendahuluan MotoGP di laman sendiri

MISANO ADRIATICO, ITALI, 8 SEPT – Francesco Bagnaia akan mempertahankan kedudukan juara Motogp beliau di laman sendiri pada Ahad selepas diberi kelulusan untuk berlumba di Misano Adriatico berikutan kemalangan ngeri hujung minggu lalu.

Bintang Ducati, Bagnaia telah terpelanting dengan ganas dari motosikalnya di selekoh kedua Grand Prix Catalunya dan kemudian dilanggar oleh Brad binder ketika beliau terbaring di atas trek.

Kemalangan yang dahsyat itu kelihatan pasti akan menghalang Bagnaia daripada menyertai GP San Marino dan GP Rimini Riviera pada hujung minggu ini, tetapi dengan menakjubkan, lelaki berusia 26 tahun itu terlepas daripada kecederaan serius.

Kelmarin beliau menerima kebenaran daripada doktor untuk berlumba pada Ahad, memberi semangat kepada ribuan peminat motosikal yang datang ke pantai Adriatik bagi menyokong wira tempatan mereka.

“Kami akan berlumba, kami sudah berada di sini, Jadi tidak masuk akal untuk hanya duduk dan lihat, bukan?” kata Bagnaia di saluran media sosial Ducati. – AFP

Bagnaia menerima bantuan perubatan selepas terlibat dalam kemalangan semasa perlumbaan Grand Prix de Catalunya di Montmelo, di pinggir Barcelona pada 3 September. – AFP