Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Baiduri tawar promosi menarik sempena Pesta Pelancongan

Oleh Nurdiyanah R. –

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Bank Baiduri bakal menyediakan pelbagai tawaran menarik semasa Pesta Pelancongan Brunei 2023 anjuran Sabre yang akan berlangsung selama dua hari hujung minggu ini di Pusat Beli-belah Onecity, Sungai Hanching.

Menurut Bank Baiduri selaku rakan kongsi bank rasmi acara itu, para pengunjung boleh memohon pelbagai kad Bank Baiduri, menampilkan kad perjalanan utama, Kad Visa Penerbangan Diraja Brunei (RB) oleh Bank Baiduri.

Pelanggan baharu yang memohon kad-kad kredit Visa Infinite RB dan Visa Platinum RB layak mendapat pengecualian yuran tahunan selama empat tahun dan 2,000 Royal Skies Miles sebagai hadiah pendaftaran. Manakala mereka yang memilih pemindahan baki akan menerima 1,000 Royal Skies Miles.

Bagi pendaftaran kad debit Visa Platinum RB juga boleh menikmati penge-cualian yuran tahunan selama empat tahun, selain itu, pengecualian yuran tahunan dua tahun turut diberikan untuk kad kredit dan debit Visa atau Mastercard.

Pemegang kad kredit atau debit Baiduri yang sedia ada yang membelanjakan jumlah minimum dalam satu resit di pesta pelancongan berkenaan akan layak membuat cabutan segera dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah, termasuk Royal Skies Miles, wang tunai, baucar dan barangan di mana hadiah boleh ditebus di petak pameran bank berkenaan.

Selain itu, pemegang kad Baiduri akan berpeluang memenangi set bagasi Samsonite sebagai sebahagian daripada cabutan utama harian dan akan mendapat tiga penyertaan dalam cabutan bertuah Sabre.

Ketua Perbankan Runcit Bank Baiduri, Lim Kian Chiong dipetik berkata, pada masa ini mereka boleh menikmati keistimewaan mengembara tanpa sekatan, di mana pihak bank ingin menggalakkan para pelanggan meneroka dan diberi ganjaran sama ada melalui penjimatan pembelian perjalanan atau hadiah yang melengkapkan tawaran rakan kongsi mereka.

Oleh yang demikian, orang ramai termasuklah para pelanggan yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut tentang tawaran-tawaran berkenaan adalah dialu-alukan untuk mengunjungi petak pameran Bank Baiduri dan terus berinteraksi dengan perwakilan bank.

Gambar Freepik