Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Bangladesh dilanda wabak denggi paling teruk dalam sejarah negara

BANGLADESH, 7 SEPT – Bangladesh sedang dilanda wabak denggi paling teruk dalam sejarah negara, dengan lebih 650 kematian dilaporkan sejak April, lapor Sputnik, memetik Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Ghebreyesus.

“Kini Bangladesh mengalami wabak denggi paling teruk dalam rekod. Sejak wabak itu bermula pada April, lebih 135,000 kes dan 650 kematian telah dilaporkan, termasuk 300 kematian dilaporkan pada Ogos sahaja,” kata Ghebreyesus dalam satu taklimat kelmarin.

Beliau berkata wabak itu memberi tekanan kepada sistem kesihatan di Bangladesh, walaupun jumlah kes di Dhaka telah mula menurun, tetapi di kawasan lain kes menunjukkan peningkatan.

WHO telah menghantar pakarnya ke Bangladesh untuk membantu usaha pihak berkuasa memperkukuh pengawasan, meningkatkan kapasiti makmal dan bertemu dengan penduduk terjejas. – Bernama

Pesakit yang dijangkiti denggi menerima rawatan di sebuah hospital di Dhaka, Bangladesh, baru-baru ini. – Xinhua