Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Berkenan ke majlis persantapan lawatan agong M’sia

Oleh Ak Zaki Kasharan –

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha malam ini berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Sempena Keberangkatan Lawatan Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Negara Brunei Darussalam, di Istana Nurul Iman.

Sebelum majlis santap berkenaan, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap KDYMM Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Raja Permaisuri Agong.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berangkat mengalu-alukan ketibaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di perkarangan Istana Nurul Iman, dan seterusnya memperkenalkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kepada kerabat diraja.

Berangkat sama ke majlis mengadap tersebut ialah kerabat diraja.

Turut berangkat mengiringi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan kerabat diraja Pahang.

Selepas majlis mengadap, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri seterusnya berangkat ke Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman bersama Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berserta kerabat diraja dan kerabat diraja Pahang bagi majlis persantapan.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berada di negara ini selama tiga hari dalam perjalanan mengembara Borneo di bawah program Kembara Kenali Borneo.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha semasa berkenan berangkat ke Majlis Persantapan sempena Keberangkatan Lawatan Khas KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Negara Brunei Darussalam yang dalam program Kembara Kenali Borneo, pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Muiz Matdani
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis persantapan. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, KDYMM Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna serta kerabat diraja Pahang. – Gambar oleh Muiz Matdani
ATAS & BAWAH: Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap KDYMM Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Raja Permaisuri Agong sebelum majlis persantapan.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berangkat ke Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berserta kerabat diraja dan kerabat diraja Pahang bagi majlis persantapan. – Gambar oleh Muiz Matdani
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, KDYMM Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik pada majlis mengadap berkenaan. – Gambar oleh Muiz Matdani
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah pada majlis mengadap bersama kerabat diraja Pahang. – Gambar oleh Muiz Matdani
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan berangkat pada majlis mengadap bersama kerabat diraja Pahang. – Gambar oleh Muiz Matdani
DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir serta kerabat diraja lain berangkat ke Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman bagi majlis persantapan. – Gambar oleh Muiz Matdani