Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Berkenan mengepalai perarakan Maulud Nabi

Oleh Ak Zaki Kasharan – 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat mengepalai perarakan mengelilingi Bandar Seri Begawan bersempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Negara bagi Tahun 1445 Hijrah di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku pengerusi jawatankuasa tertinggi sambutan; Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Ketua
Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar sebelum sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

Seterusnya, majlis diikuti dengan persembahan Dikir Marhaban dan bacaan Sayyidul Istighfar oleh gabungan pegawai dan kakita-ngan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), manakala itu sebaik sahaja sampai kepada ‘Ya Habibi’, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan.

Manakala Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat mengepalai bacaan selawat yang menandakan perarakan akan dimulakan.

Pada tahun ini, seramai 5,037 orang menyertai perarakan terdiri daripada 87 pasukan dalam lima kategori iaitu pasukan tidak bernombor; kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan; institusi pengajian tinggi, maktab, sekolah menengah, sekolah arab, sekolah menengah swasta; kampung-kampung dan masjid; dan persatuan serta sektor swasta.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengepalai Perarakan Maulud Nabi Muhammad SAW Tahun 1445 Hijrah di ibu negara, kelmarin. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah. – Gambar oleh Muiz Matdani
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengepalai perarakan mengelilingi Bandar Seri Begawan bersempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Negara bagi Tahun 1445 Hijrah, kelmarin. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah. – Gambar oleh Muiz Matdani
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Negara bagi Tahun 1445 Hijrah di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan berangkat ke majlis berkenaan. – Gambar oleh Muiz Matdani
Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan semasa majlis di ibu negara. – Gambar oleh Infofoto
ATAS & BAWAH: Antara pasukan yang menyertai perarakan bersempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Negara bagi Tahun 1445 Hijrah. – Gambar oleh Muiz Matdani
Gambar oleh Muiz Matdani
ATAS & BAWAH : Antara pasukan yang menyertai perarakan besar-besaran di ibu negara. – Gambar oleh Muiz Matdani
Gambar oleh Muiz Matdani
Persembahan Dikir Marhaban dibawakan oleh Gabungan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Luar NEgeri dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. – Gambar oleh Muiz Matdani
Orang ramai tidak melepaskan peluang menghadiri majlis berkenaan. – Gambar oleh Muiz Matdani