Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 SEPT – Mahad Islam Brunei dengan projek Mr Grabbish telah diumumkan sebagai pemenang bagi Kategori Sekolah Rendah dalam Pertandingan Anugerah ICT Brunei (BICTA) 2023.
Bagi Kategori Sekolah Menengah pula, tempat pertama dimenangi oleh Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (Maktab Sains) dengan produk ‘Berasap’, manakala itu, tempat pertama Kategori Pusat Pengajian Tinggi dimenangi oleh Universiti Teknologi Brunei (UTB) dengan produk Real-Time Remote Water Quality Monitoring in Relation to Flood and Drought in Brunei Darussalam.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha selaku tetamu kehormat pada Majlis BICTA 2023 di Pusat Kesenian, Sekolah Antarabangsa Jerudong, hari ini.
Ikuti berita lanjut di Media Permata pada keluaran Selasa.