Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Britain luluskan penggerudian minyak Laut Utara baharu

LONDON, 27 SEPT – Pihak berkuasa Britain hari ini meluluskan penggerudian minyak dan gas baharu di tapak di Laut Utara, suatu langkah yang dianggap oleh ahli alam sekitar akan merosakkan usaha negara itu untuk mencapai matlamat iklimnya.

Pihak Berkuasa Peralihan Laut Utara United Kingdom (UK), berkata mereka telah meluluskan Pelan Pembangunan Ladang Rosebank, ‘yang membolehkan pemilik untuk meneruskan projek mereka’.

Kerajaan Konservatif Britain berkata bahawa penggerudian di medan minyak Rosebank, di barat laut Kepulauan Shetland, akan mencipta pekerjaan dan mengukuhkan keselamatan tenaga UK.

Salah satu deposit terbesar yang belum diterokai di perairan UK, Rosebank mempunyai anggaran 350 juta tong minyak.

Medan minyak itu dikendalikan oleh Equinor dari Norway dan firma UK, Ithaca Energy, yang merancang untuk melabur AS$3.8 bilion dalam fasa pertama projek itu. Medan minyak tersebut dijangka akan mula menghasilkan minyak pada tahun 2026-2027.

Ahli Parlimen Parti Hijau, Caroline Lucas, menyifatkan keputusan untuk meluluskan penggerudian sebagai ‘amat keji dari segi moral.’

“Keselamatan tenaga dan bil yang lebih murah tidak dapat dicapai dengan membenarkan syarikat gergasi bahan api fosil yang bersubsidi tinggi untuk mengekstrak lebih banyak minyak dan gas dari pulau-pulau itu dan menjualnya ke luar negara kepada pembida tertinggi,” katanya. – AP

Pihak berkuasa Britain meluluskan penggerudian minyak dan gas baharu di Laut Utara. – AP