Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Burundi isytihar wabak Taun

KIGALI, 7 SEPTEMBER – Kementerian Kesihatan Burundi pada kelmarin mengisytiharkan wabak Taun, dengan 15 kes dilaporkan di bahagian barat negara itu yang mengalami kekurangan air, lapor Agensi Anadolu.

“Pesakit dimasukkan ke hospital di perbandaran Bujumbura dan pusat rawatan lain,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan Awam dan Kawalan AIDS,Polycarpe Ndayizeye, kepada pemberita di Gitega, ibu negara.

Susulan itu, Ndayizeye menggesa pihak berkuasa kesihatan dan penduduk di kawasan terjejas di Bujumbura, Gatumba dan Rugombo, serta semua pihak berkepentingan lain turut sama menyertai usaha memerangi Taun.

Beliau turut menggesa penduduk, khususnya yang tinggal di daerah terjejas supaya mematuhi peraturan kebersihan.

Awal tahun ini, dua maut di daerah kesihatan Bujumbura.

Kekurangan air kerap dilaporkan di bahagian barat Burundi, terutama semasa musim kemarau dari Mei hingga September.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak Taun di Wilayah Afrika baru-baru ini menjejaskan 15 negara, menurut laporan terkini pada Ogos.

Wabak terbaharu itu yang menjejaskan enam negara, Burundi, Cameroon, Kenya, Mozambique, Uganda dan Zimbabwe, menyumbang lebih 200 kes baharu. – Bernama

– Freepik