Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Jambatan dimerahkan, sebagai tanda Hari Jantung Sedunia

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Sebagai tanda sokongan, Sambutan Hari Jantung Sedunia 2023 yang jatuh pada 29 September, Jambatan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien dan Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha akan dinyalakan dengan warna lampu merah bermula malam ini hingga 1 Oktober bermula dari pukul 7 malam hingga pukul 5 pagi.

Sambutan Hari Jantung Sedunia 2023 membawa tema, Gunakan Jantung Untuk Mengenali Jantung, diraikan di seluruh dunia pada setiap tahun sebagai salah satu usaha untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan menjaga jantung yang sihat melalui pelbagai aktiviti global.

Jambatan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien. – Gambar oleh Muiz Matdani

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Sabtu.