Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

JPM, PPDB tutup majlis dikir

Oleh Salawati Haji Yahya –

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Setelah mengadakan Majlis Dikir Syarafil Anam selama 12 malam berturut-turut sempena Maulud Nabi Muhammad SAW, pelbagai pihak di negara ini telah mengadakan Majlis Penutup Dikir, malam tadi.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Penutup Dikir di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks JPM.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Majlis turut menyaksikan penyerahan sumbangan wakaf oleh tetamu kehormat kepada wakil Masjid Ash-Shaliheen.

Turut hadir ialah timbalan-timbalan menteri, setiausaha tetap, pemangku setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai dan kakitangan JPM serta jabatan-jabatan di bawahnya.

Sementara itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Badan Ugama Islam (BUI) turut mengadakan majlis serupa di Surau Polis Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin, Timbalan Penguasa Polis Awang Aimi Safwan bin Zalidin selaku Pengerusi BUI PPDB, para pengarah dan timbalan pengarah jabatan, para pegawai kanan dan warga PPDB.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi hadir bersama tetamu lain pada Majlis Penutup Dikir yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks JPM, kelmarin. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan hadir pada majlis yang diadakan di Surau Polis Gadong. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
Antara yang hadir pada majlis di Surau Polis Gadong. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya