Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Kanak-kanak cedera dilanggar kereta mengundur

SHAH ALAM, 6 SEPT – Seorang kanak-kanak perempuan yang tular menerusi media sosial dilanggar sebuah kereta mengundur dalam keadaan laju di kaki lima sebuah kedai di Jalan Eco Grandeur 1/8, Bandar Puncak Alam, dekat sini, semalam, disahkan mengalami cedera ringan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor DSP Mohd Ambia Nordin berkata kejadian pada 6:40 petang itu menyebabkan kanak-kanak berkenaan calar pada bahagian muka.

“Kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Al-Sultan Abdullah, Puncak Alam untuk rawatan.

Kira-kira 8:30 malam, mangsa telah disahkan berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan keluar dari hospital tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini. Mohd Ambia berkata ketika kejadian, pemandu kereta itu dalam perjalanan bagi mengambil anaknya pulang dari tadika. – Bernama

Gambar Freepik