Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara sebahagian jalan di Jalan Kota Batu berdekatan Jeti Queen Elizabeth pada 11 hingga 16 September.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara dari pukul 7:30 pagi hingga pukul 5 petang berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan kalbat dilaksanakan.
Sehubungan itu, pihak jabatan menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.