Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Korea S kecam ujian kapal selam nuklear Korea U

SEOUL, 8 SEPT – Kementerian Penyatuan Korea Selatan hari ini mengecam pelancaran kapal selam nuklear Pyongyang, dengan menyifatkan percubaan ‘sia-sia’ untuk membangunkan senjata nuklear negara itu hanya menjejaskan hal ehwal dalamannya, Sputnik memetik laporan agensi berita Korea Selatan, Yonhap.

Terdahulu pada hari sama, pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menghadiri majlis pelancaran kapal selam baharu negara itu yang mampu melakukan serangan bawah air dengan peluru nuklear, kata media negara Korea Utara.

“Sangat menyedihkan bahawa Korea Utara mematuhi kepada pembangunan senjata yang sia-sia dan membazirkan sumbernya yang terhad sambil tidak mempedulikan urusan kehidupan yang sukar,” agensi berita itu memetik timbalan jurucakap kementerian itu, Kim In-ae, sebagai berkata.

Jurucakap itu menambah perkembangan terbaharu dalam senjata Korea Utara hanya menjejaskan keselamatan negara itu kerana keupayaan pertahanannya masih jauh lebih lemah daripada kekuatan gabungan tentera Amerika Syarikat (AS), Korea Selatan dan Jepun.

Pyongyang baru-baru ini kerap melakukan ujian dan pelancaran senjata nuklearnya, memetik keperluan untuk meningkatkan keupayaan pertahanan negara di tengah-tengah kerjasama ketenteraan AS-Jepun-Korea Selatan yang semakin meningkat, termasuk latihan bersama yang berlangsung pada akhir Ogos. – Bernama

Gambar AP