Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Lawatan istimewa perwakilan asing ke BKISHHB

Oleh Salawati Haji Yahya –

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Ketua-ketua perwakilan asing ke Negara Brunei Darussalam, hari ini, menyertai lawatan istimewa ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB), di sini.

Ketibaan rombongan telah dialu-alukan oleh Pengarah BKISHHB, Dr Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad serta pegawai dan kakitangan jabatan tersebut.

Antara lain objektif lawatan istimewa tersebut adalah untuk memperkenalkan balai berkenaan dan meluaskan lagi rangkaian hubungan de-ngan kedutaan-kedutaan dan suruhanjaya tinggi di negara ini.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi penerangan mengenai fungsi dan peranan BKISHHB, sekali gus mempromosikannya sebagai sebuah institusi yang menyimpan khazanah warisan Islam yang unik dan berharga koleksi milik peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Di samping itu, BKISHHB berharap dengan adanya perjumpaan seperti ini ia dapat membuka peluang kerjasama dengan kedutaan-kedutaan dan suruhanjaya tinggi di negara ini dalam bidang antaranya program latihan.

Rombongan memulakan lawatan dengan sesi taklimat pengenalan yang disampaikan oleh Dr Haji Awang Mohammed Hussain.

Rombongan perwakilan asing ke Negara Brunei Darussalam semasa mengadakan lawatan ke BKISHHB. – Gambar serahan BKISHHB
Gambar serahan BKISHHB
Gambar serahan BKISHHB