Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Lawatan tinjau persiapan Kolej IGS

Oleh Salawati Haji Yahya –

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Enam orang pegawai dari Kementerian Pendidikan telah mengadakan lawatan ke Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (IGS), baru-baru ini.

Rombongan telah diketuai oleh Pemangku Setiausaha Eksekutif Majlis Akreditasi Kebangsaan (MKPK), Haji Fadzillah bin Haji Abdullah.

Hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kolej IGS, Dr Azaharaini bin Haji Mohd Jamil serta ketua akademik kolej, ketua jaminan kualiti dan ketua jabatan.

Lawatan adalah sebahagian daripada aktiviti pemantauan rutin yang antara lain bertujuan untuk mengetahui persiapan kolej bagi semester akan datang.

Selain itu, ia juga memberi tumpuan kepada penyelarasan kualiti jaminan program kolej dan juga pembangunan kapasiti dengan piawaian akreditasi nasional melalui penyediaan maklum balas.

Ini khususnya mengenai laporan dua kali setahun yang dikemukakan oleh pihak kolej, dengan menangani bidang seperti jaminan kualiti, pematuhan dan pembangunan kapasiti untuk masa hadapan.

Dr Azaharaini bergambar bersama rombongan Kementerian Pendidikan dan pegawai kanan kolej semasa kunjungan tersebut. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya