Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Liverpool bangkit atasi Leicester

LIVERPOOL, 28 SEPT – Liverpool ketinggalan di belakang pendahulu kejuaraan, Leicester selepas tiga minit sebelum bangkit untuk menang 3-1.

Kasey McAteer melengkapkan serangan balas pantas untuk memberi permulaan yang baik kepada The Foxes.

Anak buah Jurgen Klopp menyerang gawang pasukan pelawat tetapi terpaksa menunggu sehingga selepas rehat untuk menyamakan kedudukan.

Gol penyamaan dihasilkan oleh pemain dari Belanda ketika Ryan Gravenberch mengatur Cody Gakpo untuk mencari sudut jauh.

Klopp kemudian memandang ke bangku simpanannya untuk mencari penentu kemenangan dan dia menemukannnya menerusi rembatan padu oleh Dominik Szoboszlai.

Reaksi Ryan Gravenberch semasa perlawanan bola sepak pusingan ketiga Piala Liga Inggeris di stadium Anfield di Liverpool, England pada 27 September. – AP

Kapten Hungary itu menemui sasaran dari luar kotak penalti dan merembat bola ke sudut atas 20 minit sebelum tamat perlawanan.

“Dom merupakan kejutan dengan betapa cepatnya dia menyesuaikan diri, hampir sejak minit pertama,” kata Klopp mengenai permulaan yang cepat dalam karier Szoboslai di Liverpool.

“Dia merupakan seorang pemain kelas pertama dengan banyak kualiti. Dia tidak pernah berhenti,” tambahnya.

Kemudian, jaringan backheel Diogo Jota melepasi tiang jauh kemudian menjadikan keputusan itu terjamin.

Anak buah Klopp akan bertandang ke Bournemouth dalam pusingan keempat.

Sementara itu, Everton memanfaatkan kemenangan pertama mereka dalam Liga Perdana musim ini di Brentford pada Sabtu dengan kemenangan mengagumkan 2-1 di Aston Villa.

The Toffees dibelasah 4-0 pada kunjungan mereka ke Villa Park dalam liga bulan lalu, tetapi jaringan James Garner dan Dominic Calvert-Lewin membantu anak buah Sean Dyche membalas dendam. – AFP