Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Malaysia cadang kukuhkan sumbangan AIIB

KUALA LUMPUR, 27 SEPT – Malaysia mencadangkan supaya Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) menerapkan mekanisme pembiayaan yang inklusif serta memenuhi keperluan khusus negara-negara membangun.

Kenyataan Malaysia itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, semasa Meja Bulat Perniagaan Gabenor pada Isnin 25 September, 2023.

Program itu diadakan pada mesyuarat tahunan AIIB yang berlangsung dari 25 hingga 26 September, 2023 di Sharm El-Sheikh, Mesir.

Beliau turut menyatakan pendirian Malaysia supaya AIIB meneroka pilihan pembiayaan alternatif seperti geran dan mekanisme kewangan campuran, selaras dengan prinsip perkongsian risiko yang saksama dalam kewangan Islam, menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) di sini, hari ini.

MOF menjelaskan ini dapat menggantikan model pembiayaan awam seperti pinjaman penuh untuk membantu negara-negara membangun menerima pakai amalan mesra
iklim.

Usaha ini akan mempercepat peralihan negara tersebut ke arah ekonomi rendah karbon, tambahnya.

Menurut MOF tambahan lagi, masyarakat yang terkesan dengan perubahan iklim akan menerima manfaat melalui strategi adaptasi yang dapat mengurangkan risiko dan bahaya iklim seperti banjir, tanah runtuh atau ribut taufan. – Bernama

Ahmad Maslan berucap semasa Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Greentech Axis Berhad (GAB) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). – Bernama