WASHINGTON, 25 SEPT – Polis telah mengenal pasti mayat seorang wanita yang ditemui di dalam mulut seekor buaya pada petang Jumaat berhampiran Teluk Tampa, Florida, Amerika Syarikat.
Pejabat Syerif Daerah Pinellas mengenal pasti wanita itu sebagai Sabrina Peckham, 41 tahun. Punca kematiannya sedang dalam siasatan, menurut United Press International (UPI).
Penguatkuasa undang-undang menerima panggilan mengenai buaya itu, yang berada di dalam air di Largo, Florida, kira-kira jam 1:50 petang, lapor WTSP.
Pegawai menemui seekor buaya jantan berukuran 13 kaki 8.5 inci di kawasan 134th Avenue North dan 121st Street North.
Reptilia itu kemudian dibunuh secara berperikemanusiaan, menurut kenyataan akhbar dari pejabat sheriff. – Bernama