Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Meerqeen bersama Ameera di Paris

Kelibat pelakon Meerqeen sedang berjalan berdua-duaan dengan pempengaruh media sosial, Ameera Khan ketika berada di Paris, Perancis menimbulkan pelbagai pertanyaan dalam kalangan peminat.

Menerusi perkongsian di Instastory miliknya, Meerqeen dan Ameera dilihat berada di sebuah pusat beli-belah di Paris yang mana kedua-duanya kelihatan ceria, kongsi mStar.

Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, mengenakan pakaian serba hitam dilihat sedang merakam Ameera secara diam-diam ketika adik kepada pengacara Neelofa itu sedang melihat ke arah lain.

Tidak hanya itu, Ameera atau Nur Ameera Khan, 23, turut dilihat merakam Meerqeen yang ketika itu sedang sibuk mencari sesuatu di dalam beg yang digalasnya menggunakan telefon milik aktor itu.

Rabu lalu, Meerqeen turut memuat naik swafoto bersama Ameera sehingga mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.

Biarpun ada yang teruja melihat kemesraan pasangan tersebut namun ada pula yang merasakan Ameera bukan wanita sesuai buat Meerqeen.

Sebaliknya, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu lebih sesuai dengan aktres jelita Anna Jobling yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

“Tak sesuai Ameera dan Meerqeen… Lebih sesuai dengan Anna Jobling.

“Macam mana pula dengan Anna? Mereka sudah putus ke?” antara komen peminat. – Agensi

Swafoto Meerqeen dan Ameera keluar bersama di Paris undang pelbagai spekulasi. – mStar