Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Naim Daniel rancang kahwin dengan wanita pilihan sebelum umur 35 tahun

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel sedang mengenali hati budi seorang wanita yang juga merupakan individu terlibat dalam dunia hiburan.

Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 26, bagaimanapun enggan memperincikan mengenai wanita berkenaan sama ada dia seorang selebriti kerana memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak mengenai perihal peribadi.

Sebaliknya kata Naim, dia akan mendedahkan mengenai hubungannya dengan gadis bertuah itu apabila tiba masanya.

“Sebenarnya kalau berkaitan dengan hubungan cinta, saya pilih mengumumkan bila tiba sesuai masanya.

“Apa saya boleh katakan, sekarang kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

“Wanita tersebut juga merupakan orang dalam industri, keluarga kami juga saling mengenali,” katanya kepada mStar.

Naim berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Patah Hati 2.0 yang diadakan di Z Botanica by Nicsmann, Damansara pada Rabu lalu. – mStar

Naim akan memaklumkan berita gembira apabila sudah tiba masa. – Astro Awani