Oleh Ak Zaki Kasharan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Seorang warga Thailand berusia 64 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas dia mengaku bersalah tinggal lebih masa selama lebih 11 tahun.
Sorasak Kongtaisong ditahan di bilik sewa di Sungai Taring, Kampung Lumut ketika penguat kuasa imigresen melakukan serbuan pada 11:47 malam, 4 September lalu.
Pemangku Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid mendengar daripada Pendakwa Imigresen Adi Yusra bin Haji Adanan bahawa defendan menyara hidup dengan menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan penghawa dingin secara bebas.
Defendan memberikan alasan tinggal secara haram dengan menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana keberadaan pasportnya.