Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

PBMP sambut ulang tahun ke-6

Oleh Ak Zaki Kasharan –

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (PBMP) menyambut ulang tahunnya yang ke-6 dengan majlis keagamaan yang berlangsung di Masjid Kampung Sungai Besar, hari ini.

Hadir sama pada sambutan tersebut ialah Pemangku Ketua Eksekutif PBMP, Kapten Abdul Mateen bin Abdurrahman Liew berserta warga pengurusan dan kakitangan PBMP.

Acara telah dimulakan dengan sembahyang fardu Asar berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil beramai-ramai, kemudian disusuli dengan bacaan Doa Kesyukuran.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PBMP, Kapten Abdul Mateen turut mengetuai penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim yang tinggal di Kampung Sungai Besar serta sumbangan berupa dua unit penghawa dingin kepada Masjid Kampung Sungai Besar.

PBMP berhasrat untuk terus menyokong masyarakat yang lebih luas dalam meningkatkan kebajikan sosial dan kesejahteraan, melalui inisiatif mampan yang bertujuan untuk meninggalkan kesan yang berkekalan kepada masyarakat.

Majlis itu adalah sebahagian daripada siri aktiviti yang dianjurkan oleh PBMP untuk memperingati ulang tahun ke-6 penubuhannya, yang akan diteruskan pada 1 Oktober dengan acara walkaton bertemakan Hari Maritim Sedunia di Taman Jubli Perak.

Kapten Abdul Mateen semasa menyampaikan sumbangan kepada wakil Masjid Kampung Sungai Besar pada majlis tersebut. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
ATAS & BAWAH: Antara yang hadir pada majlis berkenaan. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
Gambar ramai pada majlis tersebut. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan