Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jambatan Sungai Matang, Lebuh raya Telisai-Lumut bermula hari ini hingga 15 September.
JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan menyatakan bahawa penutupan sementara dari pukul 8:30 pagi hingga pukul 5 petang itu adalah bagi kerja-kerja penyelenggaraan dinding pagar di jambatan berkenaan.
Sehubungan itu, jabatan berkenaan menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.