Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Pertandingan tingkat kemahiran pertuturan

Oleh Nurdiyanah R. –

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Bagi memupuk semangat kerjasama dan berdaya saing serta keyakinan diri untuk tampil di khalayak ramai, Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SASHHB) telah mengadakan Pertandingan Kuiz English, Mathematics, Science (EMS) bagi mata pelajaran Brunei Cambridge Peringkat O yang diadakan di Auditorium 1 sekolah berkenaan, pagi tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penolong Pengarah Perkhidmatan Korporat, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dayang Haslinah Susanti binti Haji Mohd Hassan yang sekali gus menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang di akhir acara.

Pertandingan disertai oleh kumpulan penuntut Tahun 11 dari tiga buah sekolah Arab iaitu SASHHB, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS) dan Mahad Islam Brunei.

Muncul juara ialah kumpulan dari SUAMPRIPAHS diikuti dengan SASHHB di tempat kedua, dan Mahad Islam Brunei di tempat ketiga.

Pelaksanaan pertandingan bertujuan bagi menilai tahap kefahaman dan pengetahuan para penuntut, di samping sebagai wadah untuk meningkatkan kemahiran pertuturan dalam bahasa Inggeris.

Dayang Haslinah Susanti bergambar bersama pemenang pada pertandingan yang diadakan di Auditorium 1 SASHHB, kelmarin. – Gambar oleh Nurdiyanah R.
Antara pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. – Gambar oleh Nurdiyanah R.