Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Pertempuran berulang kembali di kem Ein el-Hilweh

BEIRUT, 8 SEPT – Pertempuran kembali berlaku di kem pelarian Palestin terbesar di Lubnan hari ini, dengan tembakan kuat dan pengeboman yang mencederakan beberapa orang, memaksa penduduk kem dan kawasan sekitarnya melarikan diri.

Beberapa hari pertempuran jalanan telah berlaku di dalam kem, Ein el-Hilweh, antara pergerakan Fatah Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan kumpulan Islam selepas Fatah menuduh kumpulan Islam menembak mati salah seorang jeneral ketenteraan mereka pada 30 Julai.

Pertempuran tersebut mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan puluhan cedera serta memaksa ratusan penduduk melarikan diri dari kediaman mereka.

Satu gencatan senjata yang tidak stabil telah berlaku sejak 3 Ogos, namun pertempuran dijangka akan berlaku semula kerana kumpulan Islam tidak menyerahkan pembunuh yang dituduh terlibat dalam kematian Jeneral Fatah, Mohammad ‘Abu Ashraf’ al-Armoushi, kepada pihak kehakiman Lubnan seperti yang diminta oleh jawatankuasa pergerakan Palestin awal bulan ini.

Jawatankuasa pergerakan Palestin di Ein el-Hilweh mengumumkan Selasa lalu bahawa pasukan keselamatan bersama mereka akan melancarkan serbuan untuk mencari pembunuh yang dituduh.

Pegawai Fatah mengatakan bahawa kumpulan Islam telah melancarkan serangan semalam dalam usaha menghalang rancangan pasukan keselamatan bersama untuk mengeluarkan militan-militan dari sekolah-sekolah yang mereka duduki di dalam kem hari ini. – AP

Anggota kumpulan Fatah Palestin berlari semasa pertempuran di kem pelarian Palestin, Ein el-Hilweh berhampiran bandar pelabuhan selatan Sidon. – AFP