Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Polis cari Ahsanul Hoque

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong untuk mengesan seorang pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Md Ahsanul Hoque yang berusia 35 tahun dengan nombor pasport, B00719179, yang dipercayai lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong di talian, 2661334 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Ahsanul Hoque, 35 tahun. – Gambar serahan PPDB