Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Polis musnahkan 3,060 ekar hasyis

GARDEZ, AFGHANISTAN, 24 SEPT – Polis antidadah telah memusnahkan 3,060 ekar hasyis di wilayah Paktia timur Afghanistan, kata seorang pegawai hari ini.

Operasi terhadap tanaman haram itu dilancarkan empat hari lalu di kawasan Zazi Aryub, dan setakat ini 3,060 ekar hasyis telah dimusnahkan, kata ketua polis wilayah, Mohammad Omar Mukhlis kepada Xinhua.

Operasi membanteras tanaman haram termasuk hasyis dan popi akan diteruskan sehingga wilayah itu bebas daripada ancaman, dan usaha sedang dijalankan untuk mencari tanaman alternatif bagi petani menggantikan tanaman haram dengan yang sah, tambahnya.

“Kemiskinan telah memaksa petani untuk mengusahakan tanaman hasyis. Petani akan menghentikan penanaman tanaman haram jika kerajaan menyediakan tanaman alternatif, benih yang lebih baik, dan baja,” kata Qasim, seorang petani tempatan, kepada Xinhua.

Polis juga memusnahkan kira-kira 400 ekar hasyis di ibu kota wilayah Gardez, daerah Ahmad Abah, dan daerah Sayed Karam wilayah Paktia beberapa hari lalu.

Kerajaan sementara Afghanistan berikrar untuk memerangi tanaman haram, pengeluaran dan pengedaran dadah sehingga negara itu bebas daripada ancaman dadah. – Xinhua

Gambar Freepik