Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Produk buatan Brunei dihantar ke Singapura

Oleh Sim Y. H. 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 SEPT – Produk-produk buatan Brunei kini mula menembusi pasaran luar negara dengan Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB) menerusi Darussalam Enterprise (DARe) mengumumkan eksport pertama produk-produk buatan Brunei ke Pusat Mustafa di Singapura, menandakan satu pencapaian dalam perkembangan keberadaan Brunei di pasaran antarabangsa.

          Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh DARe, di sini, eksport ke Pusat Mustafa berkenaan telah disatukan dalam sebuah kontena berukuran 20 kaki dipenuhi dengan produk-produk buatan Brunei serta akan berlepas ke Singapura esok menerusi Amann Shipping.

          Sehubungan itu, satu majlis istimewa telah diadakan di Pelabuhan Muara, hari ini, bagi menandakan mercu tanda signifikan berkenaan.

Majlis istimewa telah diadakan di Pelabuhan Muara bagi menandakan mercu tanda pengeksportan pertama produk Brunei ke Singapura. – Gambar serahan DARe