Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Progresif sertai perarakan Maulud Nabi Muhammad SAW

Oleh Syahmi Hassan –

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Progresif Sdn Bhd dengan bangganya menyertai ribuan umat Islam dalam perarakan besar-besaran sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW di ibu negara, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Progresif, penyertaan berkenaan menggariskan komitmen berterusan syarikat terhadap nilai masyarakat, budaya dan agama serta perpaduan,

Perarakan Progresif diketuai oleh Ketua Pentadbiran Progresif, Awang Abdul Hakeem bin Haji Basir dan melibatkan pasukan pengurusan kanan dan kakitangan.

Ia adalah persembahan penghormatan secara kolektif terhadap kehidupan dan ajaran Nabi Muhammad SAW yang mendorong syarikat untuk memupuk masyarakat yang harmoni.

Penglibatan aktif Progresif Sdn Bhd dalam acara tersebut membuktikan komitmennya untuk menyelaraskan identiti Brunei sebagai Negara Zikir, yang menekankan ketakwaan negara kepada Allah SWT.

Awang Abdul Hakeem bergambar ramai bersama kakitangan Progresif pada acara perarakan sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW di ibu negara, kelmarin. – Gambar serahan Progresif