Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

PUJA Brunei sertai Kongres PAQS

Oleh Nurdiyanah R. –

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Bahagian Juruukur, Persatuan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) Brunei telah menyertai Kongres Persatuan Juruukur Bahan Pasifik (PAQS) 2023 dari 22 hingga 26 September lalu di Kuala Lumpur, Malaysia.

Mewakili bahagian berkenaan ialah Naib Presiden dan Pengerusi Bahagian Juruukur, Sr Hajah Hajijah binti Haji Salleh; Mantan Pengerusi, Sr Haji Zariful bin Haji Mohamed; Naib Pengerusi (Jurukur Bahan), Sr Hajah Wan Farhani binti Haji Suhaili; Setiausaha, Sr Aaron Wong Chuan Xing; serta ahli-ahli am, Sr Lye Kok Kuan, Sr Mohamed Humdhan Nahuman Batcha, Sr John Wong Chee Kwong dan Haji Muhammad Haziq bin Haji Abdul Zariful.

Turut menyertai kongres berkenaan ialah Presiden PUJA, Sr Haji Mohammad Hanafi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Abdul Rahman, ahli-ahli PUJA, Sr Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub, Sr Mohd Shafie Haji Md Yusof, Sr Ambrose Shim Fui Sen, Sr Nurul Qaiyimah binti Mohammad Hanafi, dan Sr Harun Rashid.

Tiga orang pegawai kerajaan terdiri daripada Hajah Rita Hartiny binti Haji Abdul Hamid, Dayang Almadztiqah binti Haji Alamin dan Dayang Amal Faseeha binti Haji Kamri turut menghadiri kongres.

PAQS adalah organisasi ukur bahan paling diiktiraf di dunia yang terdiri daripada 14 ahli institusi ukur bahan profesional dari Australia, Brunei, Kanada, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Fiji, Korea Selatan dan Afrika Selatan. Ahli-ahli gabungan institusi profesional termasuk dari Eropah.

Kongres dihadiri kira-kira 500 orang peserta yang terdiri daripada golongan profesional, saintis, juruukur bahan, ahli teknologi, pelajar dan ahli akademik dari seluruh dunia.

Kongres PAQS 2023 dihoskan oleh Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) dengan membawa tema Decarbonising the Future – The Role of QS di mana pelbagai kertas kerja teknikal dibentangkan.

Selain itu, lawatan tapak teknikal turut diadakan.

Kongres PAQS akan datang dijadualkan dari 23 hingga 27 Ogos 2024 di Negara Brunei Darussalam dengan tema ‘Pendigitalan ke arah Negara Pintar’.

(Dari kanan) Sr Haji Mohammad Hanafi, Sr Hajah Hajijah dan Sr Aaron Wong Chuan Xing semasa menghadiri Mesyuarat Lembaga Kongres PAQS 2023 di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Malaysia. – Gambar serahan PUJA Brunei
Gambar ramai delegasi PUJA Brunei bersama pelajar-pelajar Brunei ketika membuat persembahan di majlis penutup Kongres PAQS 2023. – Gambar serahan PUJA Brunei