Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Ratusan ribu ubat perangsang dirampas

YANGON, 24 SEPT – Polis Myanmar merampas lebih 500,000 tablet perangsang di negeri Shan di timur Myanmar, menurut Jawatankuasa Pusat Kawalan Penyalahgunaan Dadah hari ini.

Bertindak atas maklumat, pasukan petugas anti-narkotik bersama menyerbu rumah suspek di Perbandaran Namhkam pada Jumaat dan menemui 534,000 tablet perangsang bernilai lebih 267 juta kyat (kira-kira AS$0.13 juta), tambahnya.

Begitu juga pada Sabtu, polis menggeledah motosikal yang dipandu suspek di Perbandaran Myitkyina, Negeri Kachin di utara Myanmar dan merampas 1,900 tablet perangsang dan 297 gram heroin, kata jawatankuasa itu. – Xinhua

Gambar Freepik