Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Sarawak sokong kajian kumpulan etnik

BINTULU, 26 SEPT – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi jaminan kerajaan negeri akan menyokong dan membantu Kerusi Pehin Sri Adenan Satem (Kerusi Tok Nan) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dalam penyelidikannya terhadap pelbagai kumpulan etnik di Sarawak.

Beliau berkata 31 kumpulan etnik telah dikenal pasti setakat ini dan kemungkinan terdapat banyak lagi yang perlu didokumenkan.

“Sudah tentu, saya beri jaminan bahawa kerajaan negeri akan sokong dan bantu usaha awda untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang kumpulan etnik kita dan di situ datangnya soal kemanusian,” katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Sains, Sosial Sains dan Kemanusiaan Ketiga (ICOSSH 2023) di kampus berkenaan hari ini.

Beliau berkata apabila berkait keterangkuman sosial, dasar kerajaan negeri adalah menyeluruh dan ia mengambil kira pelbagai kumpulan etnik di Sarawak. – Bernama

Gambar Freepik