Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Serikandi mulakan projek tenaga hijau

Oleh Daniel Lim –

BELAIT, 25 SEPT – Dalam memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian te-naga lestari, Syarikat Serikandi telah memulakan projek tenaga hijau dan boleh diperbaharui yang memfokuskan kepada Suria Fotovoltan (PV) setelah dianugerahkan kontrak untuk Projek Suria Atas Bumbung oleh salah seorang pelanggan berprestij di Brunei.

Skop termasuk Reka Bentuk Kejuruteraan, Perolehan, Pemasangan, Pentauliahan, dan perkhidmatan penyelenggaraan tiga tahun.

Apabila siap, tenaga daripada Panel Suria PV berkenaan akan mengimbangi bersamaan dengan 387 tan metrik pelepasan CO2 setiap tahun, menjimatkan 128,063 liter petrol dan menyalakan 5,179 mentol lampu setahun. Kuasa berlebihan yang dijana daripada Panel Suria PV akan dieksport ke grid melalui sistem pemeteran bersih.

Serikandi meletakkan dirinya untuk mewujudkan kehadiran pasaran yang kukuh dalam memajukan penyelesaian tenaga bersih di Negara Brunei Darussalam.

Selain projek Suria PV yang sedang dijalankan, Serikandi juga sedang memulakan pelbagai projek pelaburan langsung asing (FDI) yang bermatlamat ke arah pembangunan tenaga boleh diperbaharui di negara ini.

Dengan pengalaman luasnya dalam menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan projek dalam industri minyak dan gas, Serikandi berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memanfaatkan peluang yang semakin meningkat dalam sektor tenaga baharu dan boleh diperbaharui di negara ini, yang membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Brunei.

Gambar Freepik