Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Sharnaaz bengang dengan JPJ

Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa kecewanya terhadap sistem bidaan nombor plat milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu JPJeBid yang dikatakan kurang efisien dan menyusahkan pengguna.

Menurut mStar, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berpendapat sistem berkenaan perlu dikemas kini kerana ia menyukarkan banyak pihak untuk melakukan bidaan nombor yang dikehendaki mereka.

“Saya dah lama nak cakap pasal benda ini, tapi tidak terkeluar. Hari ini dan semalam buatkan saya panas hati dengan JPJeBid ini,” ujarnya.

Sharnaaz meluahkan rasa tidak puas hatinya sehingga melontarkan perkataan cemuhan pada sistem tersebut semasa berkongsi perkara tersebut melalui satu hantaran video di Instagram miliknya hari ini.

Dalam pada itu, pelakon ini turut meluahkan kemarahan kepada scalper iaitu pihak yang membeli nombor berkenaan secara pukal dan menjualnya semula dengan harga tinggi.
Katanya, kewujudan pihak tidak bertanggungjawab ini menyebabkan orang lain tidak dapat membida nombor diidamkan.

Sharnaaz Ahmad berasa tidak puas hati dengan sistem kendalian JPJ. – The Star Online

“Aku tanya berapa ramai orang awam menang bida? Tak ramai. Yang menang ini adalah scalper.

“Lepas itu kena beli dekat scalper yang dah naikkan harga. Dia beli RM3,000 dan dia jual RM5,000… mana keadilan kita yang nak bid?” ujarnya.

Sementara itu, pelakon filem Jebat ini berharap sistem tersebut dapat diperbaiki dan bersifat lebih adil kepada semua rakyat Malaysia.

“Buat sistem yang lebih besar supaya semua boleh lawan (bida) untuk nombor yang dia nak. Hapuskan scalper ini.

Please take note. Ini luahan hati kami rakyat Malaysia yang teringin nak pakai nombor ikut tarikh hari jadi, kahwin tetapi mustahil untuk dapat bila ada scalper dan sistem macam ini,” luahnya. – Agensi