Penyanyi yang juga vokalis kumpulan Smash Mouth iaitu Steve Harwell dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Idaho, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Steve meninggal dunia pada usia 56 tahun.
Menurut mStar yang memetik laporan People, kematian Steve adalah disebabkan kegagalan buah pinggang.
“Dia meninggal dunia dengan tenang dikelilingi oleh keluarga dan teman rapat,” jelas kenyataan pengurus mendiang.
Beberapa hari sebelum penyanyi tersebut menghembuskan nafas terakhir, Steve sudah berada di bawah pemantauan di rumah dan berada dalam keadaan nazak.
Mendiang yang juga merupakan pengasas kumpulan Smash Mouth pada tahun 1994, disahkan menghidap masalah buah pinggang sejak 2021 akibat pengambilan alkohol berlebihan. – Agensi