Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Sukan Asia: Malaysia raih emas pertama

HANGZHOU, 27 SEPT – Malaysia berjaya merangkul pingat emas pertama pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 menerusi pelayar, Nur Shazrin Mohamad Latif dalam acara ILCA 6 wanita pada hari keempat acara berpingat yang dipertandingkan.

Selepas penantian yang penuh debaran, atlet berusia 25 tahun dari Pasir Gudang, Johor itu berjaya mengekalkan kedudukan pertama selepas berjuang dengan keadaan ombak sukar di Pusat Pelayaran Ningbo Xiangshan, lebih 170 km.

Nur Shazrin, yang berada di kedudukan teratas dengan 25 mata penalti selepas 11 perlumbaan hingga lima hari pertandingan setakat semalam, dinobatkan sebagai pemenang selepas perlumbaan terakhir hari ini dibatalkan kerana kekurangan angin untuk menjalankan pertandingan itu di Tasik Dongqian.

Keadaan itu sekali gus, membantu pemenang pingat gangsa pada temasya Jakarta-Palembang 2018, menukar warna pingatnya ke emas, serta melayakkan Nur Shazrin untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

Pelayar Hong Kong Stephanie Norton (37 mata) meraih pingat perak, manakala pingat gangsa menjadi milik Victoria Jing Hua Chan (38 mata) dari Singapura.

Semalam, Asnawi Iqbal Adam turut mengesahkan pingat pertama bagi Malaysia selepas meraih gangsa acara ILCA 4 lelaki, manakala Tengku Nurani Ezaty Tengku Khairudeen turut menyumbang gangsa menerusi Windsurfing RSX Wanita. – Bernama

Nur Shazrin Mohamad Latif bersiap sedia untuk beraksi dalam acara ILCA 6 wanita di Sukan Asia Hangzhou pada 27 September. – Bernama