Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Teroka budaya Tionghua melalui program pertukaran budaya

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 SEPT – Dalam usaha untuk meraikan kepelbagaian budaya dan pembelajaran bersama, Sekolah Chung Hwa Kiudang mengalu-alukan rombongan guru dan murid dari Sekolah Panaga bagi Program Pertukaran Budaya Tionghua yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Sekolah Chung Hwa Kiudang, baru-baru ini.

Program pertukaran budaya itu memberikan peluang kepada murid-murid untuk meneroka pelbagai aspek menarik budaya tradisi Tionghua menerusi pelbagai aktiviti-aktiviti yang disertai oleh murid daripada kedua-dua buah sekolah berkenaan.

Dalam program selama sehari itu, para murid dari kedua-dua buah sekolah didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang menguji daya kreativiti mereka menerusi seni kaligrafi, gubahan kertas dan seni membuat kuih bulan.

Para murid Sekolah Panaga diberikan tunjuk ajar dalam seni gubahan kertas. – Gambar serahan Sekolah Chung Hwa Kiudang

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.