Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Tolak rayuan pertikai keputusan majistret

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Mahkamah Tinggi baru-baru ini menolak rayuan yang dibuat oleh seorang warganegara Malaysia yang didapati bersalah selepas perbicaraan atas pertuduhan menipu, bertujuan untuk mempertikaikan keputusan mahkamah yang mensabitkan kesalahan dan memohon pengurangan hukuman.

Chieu Vun Thian, diwakili peguam Balendran Balasingam dari Tetuan Fathan and Co sepanjang perbicaraan dan dalam rayuan, dijatuhi hukuman penjara dua setengah tahun oleh mahkamah Majistret selepas didapati bersalah menipu sebuah syarikat minyak dan gas $154,000.

Vun Thian, pengarah urusan sebuah syarikat perkakasan, telah berpakat dengan seorang pekerja syarikat minyak dan gas ketika itu, untuk memperdaya prinsipal supaya mempercayai bahawa ia memerlukan pembelian 22 set alatan dan kabinet penggelek daripada syarikat defendan. Syarikat minyak dan gas itu didapati telah didorong oleh ketidakjujuran untuk meluluskan pembelian, membuat pembayaran sebanyak $154,000.

– Freepik

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Isnin.