Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

UTB rai Hari Antarabangsa

Oleh Syahmi Hassan –

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah mengadakan Hari Antarabangsa dengan tema Nations Around the World di Dewan Serba guna UTB, hari ini.

Acara dianjurkan oleh Jawatankuasa Eksekutif (ExCo) Hal Ehwal Antarabangsa, ExCo Culture, Campus LEAD Petroleum Chemical Engineering dan Campus LEAD School of Business Economics and Management.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

Turut hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat (AS) ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Caryn R McClelland; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Vietnam ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Tran Anh Vu; Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Ambra Dickie, perwakilan-perwakilan asing ke Brunei Darussalam dari Pakistan, India, Thailand, United Kingdom, Turkiye, Laos, Filipina, Indonesia, dan Bangladesh, ekspatriat-ekspatriat UTB, pegawai-pegawai utama UTB, kakitangan, dan para pelajar UTB.

Selepas merasmikan majlis berkenaan, Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah dibawa menyaksikan Pameran Hari Antarabangsa.

Acara tersebut menampilkan pelbagai aktiviti, termasuk permainan yang menghiburkan, pameran dan gerai foto, serta aktiviti-aktiviti menarik yang lain.

Pelajar antarabangsa UTB juga mempamerkan budaya, pakaian kebangsaan, hidangan dan juadah makanan mereka.

Hari Antarabangsa 2023 secara bermakna melambangkan perpaduan global, menghormati warna-warni negara di seluruh dunia.

Majlis tersebut menampilkan gerai pameran, hidangan masakan antarabangsa dan pelbagai aktiviti yang menonjolkan kepelbagaian global. Selain itu, acara itu menggalakkan hubungan yang berharga dengan pelajar-pelajar antarabangsa.

Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah bergambar bersama perwakilan asing ke Negara Brunei Darussalam semasa majlis tersebut. – Gambar oleh Syahmi Hassan
Antara pelajar UBD yang mengambil bahagian dalam acara Hari Antarabangsa yang berlangsung di Dewan Serba guna UTB, kelmarin. – Gambar oleh Syahmi Hassan